Sep 20, 2007

Mencorak Secantik Permata

Mac lalu, sebuah projek yang dinamakan "Setiap anak Permata Negara" telah dijalankan di Malaysia. Projek ini adalah cetusan ide Datin Seri Rosmah Mansor yang merupakan penaung YHKM, sebagai satu usaha untuk mengatasi masalah sosial di kalangan masyarakat dalam jangka masa panjang.

Dikatakan bahawa, implementasi projek ini adalah asas kepada pembangunan modal insan untuk menghasilkan masyarakat minda kelas pertama.

Selain itu, ia juga bermaksud untuk melahirkan potensi insan yang dapat direalisasikan secara optimum melalui perkembangan bakat, minda dan kreativiti di peringkat awal. Ianya juga tidak menekankan kepada pendidikan formal sebaliknya berteraskan pembelajaran yang memberi keseronokan kepada kanak-kanak

---------

(i)Paradigma yang mencetus sebuah pandangan.

Program tersebut sangat baik. Saya sendiri berminat mahu menjadi sebahagian orang-orang yang mahu mendidik adik-adik untuk menjadi kreatif dan tidak mahu orang belajar sebab terpaksa. Biar kita buat apa yang kita suka. Hasilnya?? Lumayan :)

Tapi, terpalit dengan apa yang kita lihat hari ini, ia buat saya fikir-fikir.

Anda perasan, anak-anak zaman sekarang ni sangat bijak dan kreatif? Pernah dengar anak-anak kecil pandai komplen sini -sana? Pernah dengar anak-anak kecil 'demand' perkara-perkara yang mereka suka [mainan, pakaian..???]

"Otak mereka lebih besarkah, madam? Bijak sangat"

Cikgu saya tersenyum panjang dengan soalan saya tu. Katanya:

"Mereka jadi lebih bijak dan kreatif kerana suasana sekeliling dan tarbiah keluarga. Bukan kerna saiz otak :p

"Tapi, mereka dah lebih kreatif madam.."

Semua orang dalam kelas psikologi pembangunan angguk-angguk dengan kenyataan saya. Setuju.

----------------

Iya, adik-adik kita zaman sekarang ni memang over kreatif. Tak sama time kita kecil-kecil dulu. Kita lebih banyak diam, jadi malu-malu..segan-segan kucing,. Ditanya satu, dijawab satu.

Budak sekarang??

"Tidolah sayang, lewat malam dah ni"

"Tak maulah mama. Tu, ikan tu tak tido pun.."

[Hum..payah, payah]

So, tak baik ke jadi kreatif?? Perlukah disekat daya imaginasi mereka? Perlukah ditempik "DIAM!!" macam zaman dulu-dulu??

--------------------------

Kreativiti, imaginasi, persepsi adalah sebahagian elemen dalam kognitif manusia. Ianya tentang bagaimana manusia menggunakan minda: berfikir, analisa, ataupun membuat keputusan.

[Semua manusia yang normal, ada kelebihan tersebut, jadi tak bolehlah nak dinyahbuangkan...]

Jadi??

Jadi, sepatutnya aliran fikir anak-anak ini ada 'manual guide' nya.

Isunya kini, 'bagaimana mahu melaraskan kognitif untuk mengawal tindakan agar selari dengan usia dan keadaan zaman. Bukan semberono, hingga anak-anak jadi 'over' kreatifnya?

--------------------------

Lihat di barat sudah cukup membuktikan bahawa, jika lebih kreatif: bahana yang menimpa, bahaya, bencana dan segalanya. Inkuiri terlalu tinggi tentang hubungan lelaki dan perempuan contohnya menjadikan fikiran dan teori terarah pula kepada perbuatan.

Langsung, di barat, seks bebas kini bukan lagi sesuatu yang pelik, tapi dah jadi budaya.

Di Malaysia?? Aaaa....jangan terperanjat jika saya kata ada adik-adik di sekolah rendah juga sudah mahir 'explore porno', ajak kawan-kawan berlucah dan sebagainya. Yang di sekolah menengah lagi lah.....huh -_-

Sangat menakutkan. Jika ini berterusan, apa agaknya akan terjadi dengan masa depan mereka? Salahkan anak-anak jadi terlalu kreatif pula??? Salahkan mereka terlalu berimaginasi??

------------------------------

(ii) Agama=Back to the root.

Emosinya sudah dibangun, inteleknya juga sudah tapi masih ada satu penawar yang perlu untuk menjadikan permata itu kemilau yang tinggi nilainya.

Bagaimana? Kita perlukan formula spirituiliti. Pendek kata,kemahiran siprituilnya perlu dijana, seiring dengan kemahiran intelek dan emosi.

Pegang hikmah dalam pendidikan anak-anak dengan selingan agama. Itulah penawar dan ramuan yang membolehkan setiap acuan menjadi. Hal ini kerana, manusia lahir dengan fitrah. Antara fitrahnya ialah keperluan beragama. Jika kreatif, dan ada acuan agama, insyAllah, anak-anak membesar dengan asas yang baik.

Sebab Rasulullah ada berpesan dalam hadisnya bahawa AlQuran dan Hadis baginda adalah panduan dalam hidup, jika mahu sentiasa dipandu dalam kesejahteraan.

"Follow the true guidance"

Nah, Ibu bapa kena jadi mentor. Kakak abang jadi contoh. Kawan murid jadi teladan. Akarnya ilmu kena diselenggara dengan agama, itulah cuma cara untuk melahirkan modal insan yang sempurna.

-------------------------

Sebuah pandangan dari pengalaman yang terbatas. Demi bila Tuhan berkata dalam surah Ibrahim, ayat 52:

(Al Quraan) ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengan-Nya, dan supaya mereka mengetahui bahwasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran.

along: permata yang cantik dan bernilai, seringnya akan dijaga dan dipelihara sebaiknya :)

7 comments:

Anonymous said...

Semua pun nak hebat-hebat. Kalau ayah ibu dah hebat, anak kena lagi hebat. Ayah jadi kontraktor, anak kena kurang-kurang pun jadi arkitek. Ibunya jururawat, anak kena jadi doktor.

Memang hebat-hebat belaka.

Pening.

Lenny: Cemburu pada mereka yang punya anak yang sentiasa mendoakan kedua ibubapa. Biar terus dibawa biarpun selepas akhir hayat di dunia. Doktor atau arkitek mahupun tukang sapu, semua tinggal tetap di dunia semata.

Mentor_ulung said...

Hebat :)

Asasnya, yang along setuju, manusia turut punya sifat Tuhan, (kasih sayang, pemurah, pandai suka cantik..dsb) tapi sekadar dilimitkan pada keperluan manusia jelah, kita takkan boleh jadi hebat macam Tuhan!

Tapi..Tuhan suruh kita jadi hebat dan kenali diri. Langsung, orang2 yang hebat, akan berjaya mendapatkan diri mereka, dapat kejayaan, keluarga yang bahagia dsb.

Cuma...beza zaman ini. Apakah kejayaan dan kegemilangan itu seiring dengna keberkatan?? Atau amalannya fatamorgana? Diusahakan di dunia, tapi takde markah di sisi Tuhan??

Itulah..kena semak2 semula.

Apa kata Lenny?? :)

Anonymous said...

Lenny kata:
'Apa kata survey?'

Kena pusing-pusing dulu. Buat survey baru ada 'Apa kata Lenny?'

Eh, panjang benar nak menjawab. Jawab kat blog sendiri jelah. :P

Yussamir Yusof said...

ada perkataan paradigma kat dlam artikel ni..hehe oleh tu jom p ke blog paradigma di http://www.yussamir.com heheheh,,sory along terpromosilak kat sini..heheheh..

Mentor_ulung said...

time along nulis perkataan tu kan...along mmg terkenang2 kat yus..hahahaha, ketawa lagik..hahahaha :D

ok2...jom pgi tgk yus dgn paradigma beliau ^-^

Mentor_ulung said...

lenny...jom2 tgk nulisan lenny plak...penat balik dr kg, makan byk, heheh :P

Yussamir Yusof said...

huhuhu..ye ke along,,terharu betul saya..ni yang nak nyanyi lagu terharu dendangan mawi dan jamal..hehehehe...skang ni yus ngah dalam kecuakan ni,huhuh sabtu ni dah start final..doakan yus eyh,,,